Timbang Tara

English | BM

Timbang Tara merupakan salah satu daripada alternatif penyelesaian pertikaian yang dikenali ramai dan banyak digunakan di arena antarabangsa. Di Malaysia, klausa-klausa timbang tara kerap diaplikasikan di penjanjian pembinaan, perkapalan dan komersial antarabangsa.

Timbang tara merupakan alternatif kepada litigasi atau mediasi dalam menyelesaikan pertikaian. Prosiding timbang tara adalah prosedur yang peribadi dan sulit. Timbang tara adalah prosedur yang menarik terutamanya dalam perniagaan kerana prosedur tersebut membenarkan pihak-pihak untuk memilih identity penimbang tara  (secara bersama atau oleh badan institusi) yang akan membuat keputusan berkenaan dengan pertikaian antara pihak-pihak. Berbeza dengan adjudikasi, keputusan timbang tara membawa kata penamat kepada pertikaian.

Di HLP, kami berpengalaman mewakili anak guam dari seluruh Malaysia untuk prosedur Timbang Tara. Anak-anak guam yang berpengalaman menggunakan khidmat timbang tara sememangnya menyedari tentang proses perundangan yang berpotensi untuk berpanjangan. Kami faham dan sedar tentang kerumitan prosiding timbang tara dan sememangnya percaya bahawa pasukan guaman yang berkebolehan dan strategi yang betul adalah yang pertimbangan yang paling utama sebelum meneruskan tuntutan atau pembelaan secara timbang tara.

Salah satu pengasas firma kami, Lam Wai Loon, meneraju sepasukan peguam pakar dan berpengalaman selama 16 tahun dalam bidang ini. 2 daripada rakan kongsi kami adalah Fellow di Chartered Institute of Arbitrators (U.K.) dan sebahagian daripada panel penimbang tara dan pengadil adjudikasi di Asian International Arbitration Centre (“AIAC”). Lam juga merupakan Mantan Pengerusi Chartered Institute of Arbitrators, Mantan Presiden Society of Construction Law dan Naib Pengerusi Expert Advisory Committee for AIAC.

Kontak

Lam Wai Loon

Partner

Lam Wai Loon

Arbitration, Construction, Projects & Energy

View Profile

Serene Hiew Mun Yi

Partner

Serene Hiew Mun Yi

Adjudication, Construction & Engineering Disputes

View Profile

Lynn Foo

Partner

Lynn Foo

Construction, Projects & Energy

View Profile

Amy Hiew Kar Yi

Partner

Amy Hiew Kar Yi

Corporate Disputes, Construction, Projects & Energy

View Profile
Newsletter Optin - Pop Up Image 01

Subscribe To Our Newsletter

Get the latest news and updates by subscribing to HLP newsletter.

Subscription confirmation email sent. Check your email to confirm your subscription now.

Pin It on Pinterest