Penyelesaian Pertikaian Secara Alternatif

English | BM

HLP terdiri daripada sekumpulan peguam yang pakar dalam bidang komersial dan litigasi sivil. Diketuai oleh pengasas firma kami, Harold Tan, kami telah mewakili dan memberi khidmat nasihat kepada anak guam dalam pelbagai aspek penyelesaian pertikaian. Peguam litigasi kami mempunyai pengetahuan yang luas dalam menyelesaikan pertikaian rumit yang berkaitan dengan komersial dan perniagaan.

Kami mempunyai sebilangan peguam litigasi yang juga berkelayakan dalam bidang timbang tara dan adjudikasi. Dengan pengalaman melebihi 3 dekad, kami telah mewakili anak guam di dalam semua bidang kuasa Mahkamah, di dalam prosiding timbang tara dan juga perbicaraan di hadapan Special Commissioners of Income Tax dan prosiding tata tertib di hadapan Malaysian Medical Council.

Kami menasihati anak guam untuk mencapai keputusan yang praktikal dan kos hemat. Kmai sedar bahawa proses litigasi yang berpanjangan dan mahal tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang paling berkesan. Oleh itu, kami sentiasa membantu anak guam untuk menyelesaikan masalah dengan kos yang paling menjimatkan. Walaubagaimanapun, jika prosiding undang – undang tidak boleh dielakkan, kami mempunyai kelayakan dan pengalaman untuk memastikan anak guam diwakili dengan efektif di dalam prosiding tersebut.

Peguam – peguam kami mendapat kelayakan dari institut – institut luar dan dalam negara dan teleh dilatih untuk menyediakan servis yang proaktif, profesional dan responsif. Selain daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan, kami boleh bertutur dalam pelbagai Bahasa termasuklah Mandarin, Kantonis dan Tamil kerana latar belakang kami yang pelbagai.

Kami menyediakan pelbagai servis perundangan. Bidang utama kami adalah:

  • Perbankan
  • Perlindungan Pennguna
  • Pertikaian Kontrak
  • Tindakan Pemulihan Hutang
  • Tuntutan fitnah
  • Injunksi
  • Kecuaian Perubata

Kontak

Harold Tan Kok Leng

Partner

Harold Tan Kok Leng

Dispute Resolution, Commercial & Tax Disputes

View Profile

Rohan Arasoo A/L Jeyabalah

Partner

Rohan Arasoo A/L Jeyabalah

Construction Disputes, Employment & Industrial Relations

View Profile
Newsletter Optin - Pop Up Image 01

Subscribe To Our Newsletter

Get the latest news and updates by subscribing to HLP newsletter.

Subscription confirmation email sent. Check your email to confirm your subscription now.

Pin It on Pinterest