Adjudikasi
(Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 [CIPAA 2012])

English | BM

CIPAA 2012 memperkenalkan mekansime baru yang menawarkan penyelesaian pertikaian secara pantas melalui Akta Ajudikasi jika pertikaian berkenaan membabitkan pembayaran di bawah kontrak pembinaan. CIPAA 2012 merupakan prosedur ringkasan untuk menyelesaikan pertikaian pembayaran di bawah kontrak pembinaan yang membawa kepada penyelesaian sementara (sehingga dan jikalau ditentang di mahkamah atau timbang tara).

Akta Adjudikasi sememangnya menawarkan alternatif penyelesaian yang menarik oleh kerana secara kebiasaannya, keputusan akan diberikan dalam jangka masa 100 hari dan nilai tuntutan tidak membataskan aplikasi Akta Adjudikasi.

HLP merupakan peneraju perkembangan Akta CIPAA 2012 di Malaysia. Sejak permulaan firma pada Mei 2012, HLP telah mewakili lebih 100 tuntutan dan/atau pembelaan adjudikasi.

Di HLP, kami menyedari bahawa litigasi yang berlarutan tidak menguntungkan kebanyakan perniagaan (melainkan tidak boleh dielakkan). Oleh itu, walaupun Akta Adjudikasi di negara ini tidak sempurna, adjudikasi berpotensi menyelesaikan pertikaian pembayaran secara cekap jika dirancang secara strategik.

3 daripada rakan kongsi kami adalah pengadil adjudikasi yang diiktiraf dan merupakan sebahagian daripada panel ahli lembaga pengadil adjudikasi di Asian International Arbitration Centre. Pengasas bersama kami, Lam Wai Loon, juga ialah Presiden Malaysian Society of Adjudicators. Memandangkan kami mempunyai kelebihan pengalaman sebagai pengadil adjudikasi dan juga peguam di prosedur adjudikasi, kami berkemampuan untuk meyediakan khidmat nasihat dan pilihan yang lebih holistik dan menguntungkan untuk anak guam kami.

Kontak

Serene Hiew Mun Yi

Partner

Serene Hiew Mun Yi

Adjudication, Construction & Engineering Disputes

View Profile
Newsletter Optin - Pop Up Image 01

Subscribe To Our Newsletter

Get the latest news and updates by subscribing to HLP newsletter.

Subscription confirmation email sent. Check your email to confirm your subscription now.

Pin It on Pinterest